Simple Macaroni And Cheese

Simple Macaroni And Cheese

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan macaroni – dibersih dan direbus
  • 2 Sudu besar marjerin
  • 2 Sudu besar tepung gandum
  • 2 ½ Cawan susu segar
  • ½ Sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 Keping keju
  • Garam secukuprasa.
Simple Macaroni And Cheese

Cara Penyediaan :

  1. Didihkan air , rebuskan macaroni bersama sedikit garam hingga lembut..matikan api dan toskan macaroni..ketepikan..
  2. Cairkan marjerin dalam kuali bersama tepung gandum..kacau hingga rata..
  3. Kemudian masukkan susu segar..kacau lagi .tambah pula serbuk lada hitam dan garam secukuprasa..kacau lagi..
  4. Masukkan pula slice cheese kedalamnya..kacau hingga cheese menjadi cair .
  5. Akhir sekali , masukkan macaroni yang telah direbus kedalamnya..kacau sehingga macaroni bersalut bersama kuah.
  6. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan minum petang..
  7. Siap simple macaroni and cheese saya..