Sotong Goreng Kunyit

Sotong Goreng Kunyit

Sotong Goreng Kunyit

Bahan – bahannya :

  • 300gm Sotong Sederhana kecil
  • 1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
  • Garam Secukup Rasa
  • 2 Biji Kentang – dihiris & Digoreng
  • 2 Biji Bawang Merah – Dihiris
  • 2 Ulas Bawang Putih – Dihiris
  • 1 Biji Hirisan Bawang Besar
  • 5 Biji Hirisan Cili Padi
  • Minyak Untuk Menumis

Cara Penyediaan:

  • Panaskan sedikit minyak dan goreng kentang sehingga masak..angkat dan toskan..
  • kemudian buang sedikit minyak gorengan kentang..tumis hirisan bawang merah dan bawang putih sehingga naik wangi dan kekuningan..
  • Masuk sotong kedalam kuali..kacau2 rata..
  • Tabur sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa..kacau2 dan biarkan air sotong sedikit kering..baru masukkan kentang yang telah digoreng tadi..kacau rata..
  • Taburkan hirisan bawang besar dan hirisan cili padi..kacau2 semuanya rata dan sebati..
  • matikan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih panas2 sedap..
  • Siap Sotong Goreng Kunyit yang mudah..
  • Selamat Mencuba..

https://youtube.com/shorts/8EtOdUh97BQ?feature=share