Sotong Goreng Kunyit Ala Thai

Sotong Goreng Kunyit Ala Thai

Bahan2nya :

  • 400gm Sotong Sederhana Kecil
  • 1 Sudu Besar sos ikan
  • 1 Sudu Teh Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • ½ Biji Hirisan Bawang Besar
  • 5 Biji Hirisan Cili Padi
  • 2 Batang Serai – diketuk
  • 6 Helai Daun Limau Purut

Bahan Tumis :

  • 2 Biji Bawang merah
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia

Cara Penyediaan :

Sotong Goreng Kunyit Ala Thai
  1. Masuk sotong dalam kuali tanpa minyak
  2. Letak sedikit serbuk kunyit..masak hingga air sotong kering..angkat dan ketepi sebentar..
  3. Panas sedikit minyak , tumis bawang merah , bawang putih dan halia sehingga naik wangi..
  4. Tambahkan serai dan daun limau purut..kacau2 rata..
  5. Masuk semula sotong..kalau rasa kurang kunyit boleh ditambah..kacau2..
  6. Perasakan dengan sedikit sos ikan dan serbuk maggi cukup rasa ..kacau2 lagi..
  7. Kalau suka yang berkuah boleh ditambah sedikit air..
  8. Taburkan hirisan bawang besar dan hirisan cili padi..kacau2 semuanya sehingga rata dan sebati..
  9. Matikan api..sedia dihidangkan bersama nasi panas..
  10. Siap sotong goreng kunyit ala thai..