Sotong Sos Cili Thai

Sotong Sos Cili Thai

Sotong Sos Cili Thai

Bahan – bahannya :

  • 300gm Sotong – direbus tanpa minyak
  • Hirisan daun ketumbar
  • Hirisan daun limau purut
  • Hirisan cili besar
  • Garam secukup rasa
  • 2 Sudu besar sos cili thai
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu besar jus lemon
  • Sedikit air rebusan sotong

Bahan Tumis / Hiris

  • 1 Biji bawang besar
  • 1 Inci halia
  • 3 Ulas bawang putih
  • Hirisan batang ketumbar
  • 5 Biji cili padi

Cara Penyediaan :

  1. Gorengkan sotong tanpa minyak , untuk keluarkan air..angkat dan ketepikan..
  2. Panaskan sedikit minyak , tumiskan hirisan bawang besar , halia , bawang putih , batang ketumbar dan cili padi sehingga naik bau wangi..
  3. Kemudian masukkan sos cili thai , sos tiram  sos ikan dan sedikit air rebusan sotong..kacau2 rata..
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan sotong yang digoreng tanpa minyak kedalam kuah..kacau2 sebentar.
  5. Akhir masukkan hirisan daun limau purut , hirisan daun ketumbar dan hirisan cili besar..kacau dan tuangkan sedikit lemon jus..kacau sehingga semuanya sebati..
  6. Matikan api dan sedia dihidangkan..
  7. Siap sotong sos cili thai..
  8. Selamat mencuba..