Spaghetti Goreng Pedas

Spaghetti Goreng Pedas

Bahan – bahannya :

  • 100 Gram spaghetti – direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
  • 1/2 Biji bawang kuning – dihiris kiub
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 3 Biji cili padi merah
  • 2 Biji telur
  • 50 Gram daging – dihiris
  • 50 Gram sotong – dihiris
  • 2 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar tomato
  • 1 Sudu besar kicap pekat
  • 1 Sudu besar kicap cair
  • Sedikit sayur pak choy – dihiris
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • Minyak untuk menumis
Spaghetti Goreng Pedas

Cara Penyediaan :

  1. Rebus spaghetti angel hair dan masukkan sedikit garam dan sedikit minyak..
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang putih , cili padi dan bawang kuning.
  3. Tumis sehingga naik bau dan masukkan daging dan sotong..kacau rata..
  4. Kemudian masukkan serbuk cili ..masak hingga pecah minyak…
  5. Tambah pula batang pak choy ..kacau sebentar dan letak kan tepi kuali sebentar.
  6. Pecahkan telur , kacau hingga hancur..kacau kesemua bahan..
  7. Masukkan pula sos tiram, sos cili, kicap pekat , kicap cair dan serbuk maggi cukuprasa.. kacau hingga rata..
  8. Akhir sekali , masukkan spaghetti yang sudah direbus bersama sayur pak choy..Gaul kesemunya sehingga rata dan sebati .
  9. Matikan api dan sedia dihidangkan…
  10. Spaghetti Goreng pedas siappp..
  11. Menu yang simple sahaja..selamat mencuba..👍👍🤗🤗