Terung Goreng Belacan

Terung Goreng Belacan

Bahan – bahannya :

  • 3 Biji terung panjang – dipotong
  • 4 Sudu besar cili kisar
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu besar gula perang
  • Sedikit ikan bilis goreng
  • Sedikit hirisan daun sup
  • Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :

  • 3 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 6 Biji cili padi
  • Sedikit belacan
  • Sedikit udang kering
Terung Goreng Belacan

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng terung sehingga masak..angkat ketepi sebentar..
  2. Minyak yang sama ..tinggalkan sedikit untuk menumis..
  3. Panaskan minyak..tumiskan bahan tumbuk sehingga naik wangi..masukkan cili kisar..kacau2 dan masak hingga pecah minyak..
  4. Tambahkan sos tiram , sos ikan dan sedikit gula perang..kacau2 rata..
  5. Masukkan pula terung yang telah digoreng terlebih dulu kedalam kuali ..
  6. Taburkan pula ikan bilis goreng bersama hirisan daun sup…
  7. kacau2 semuanya sehingga rata dan sebati , matikan api..
  8. Sedia untuk dihidangkan
  9. Siap terung goreng belacan
  10. Selamat mencuba..