Udang Goreng Tomyam Salted Egg

Udang Goreng Tomyam Salted Egg

Bahan – bahannya :

  • 4 Ekor udang
  • 5 Biji cili padi – dihiris
  • 5 Helai daun limau purut
  • 1 Batang serai
  • 2 Cawan air
  • Sedikit Jus Lemon
  • ½ Cawan susu full cream
  • 1 Sudu besar serbuk salted egg
  • 3 Sudu besar perencah tomyam
  • 1 Biji bawang besar – dihiris
  • 2 Biji tomato – dipotong 4
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
Udang Goreng Tomyam Salted Egg
Udang Goreng Tomyam Salted Egg

Bahan Kisar :

  • 3 Tangkai akar ketumbar
  • 1 Biji bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • ½ Inci lengkuas
  • 1 Inci halia
  • 3 Biji cili padi

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng udang yang digaul garam kunyit sehingga masak..angkat dan toskan
  2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan udang..tumiskan serai dan bahan kisar sehingga wangi dan keperangan..
  3. Kemudian masukkan perencah tomyam dan sedikit air..tumis sehingga pecah minyak..
  4. Masukkan serbuk salted egg , susu dan sedikit air lagi..kacau rata..
  5. Tambahkan daun limau purut dan sedikit jus lemon..kacau lagi..
  6. Masukkan udang ..kacau sehingga rata..
  7. hirisan bawang besar , cili padi dan tomato kacau2 sebentar..
  8. Taburkan hirisan daun ketumbar..kacau2 semuanya sehingga sebati..
  9. Siap menu untuk berbuka puasa..udang goreng tomyam salted egg..