Udang Sos Tiram ( Ala Chinese Style )

Udang Sos Tiram ( Ala Chinese Style )

Bahan-Bahan

  • 10 Ekor udang
  • Sedikit Garam
  • 1 Sudu Teh Tepung Jagung ( Dibancuh Dgn Air )
  • 1 Biji Telur
  • Sedikit Air 
  • Sedikit Hirisan Daun Bawang
  • Minyak untuk menggoreng & Menumis

Bahan Sos ;

  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Sos Lada Hitam
  • 2 Sudu Besar Kicap Lemak Manis
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan
  • 1 Sudu Teh Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • 1 Sudu Teh Minyak Bijan
  • 1 Sudu Besar Serbuk Cili

Bahan Hiris :

  • 8 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • 5 Biji Cii Padi

Cara Penyediaan :

Udang Sos Tiram
Udang Sos Tiram
Udang Sos Tiram ( Ala Chinese Style )
  1. Udang dibelah belakang dan bersihkan kemudian gaul sedikit garam
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak.Angkat dan ketepikan.
  3. Satukan semua bahan sos ke dalam mangkuk dan kacau hingga semua larut dan sebati.Ketepikan.
  4. Ambil sedikit minyak gorengan udang tadi..
  5. Tumis bahan hiris bawang putih , halia dan cili padi.. tumis hingga kekuningan..
  6. Masukkan bahan Sos dan sedikit air. tumis hingga pecah minyak.Semasa menumis aroma sos tiram akan menyerlah dan menjadikan udang sos tiram lebih sedap.
  7. Tambahkan sedikit air tepung jagung..kacau2 rata..masak sebentar..
  8. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, kacau2 lagi rata..
  9. Pecah telur ditengah2 kuali. Kemudian kacau telur sehingga hancur dan gaul bersama udang.
  10. Gaul sebati.
  11. Dah siap Udang sos tiram ( Ala Chinese Style ) lauknya agak kering dan bukan jenis berkuah
  12. Sedia untuk dihidangkan dan menikmati bersama nasi panas2..
  13. Selamat mencuba