Sotong Goreng Kunyit Simple

Sotong Goreng Kunyit Simple

Bahan – bahannya :

  • 250gm sotong sederhana kecil
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 3 Biji bawang merah – dihiris
  • 2 Tangkai daun kari
  • 1 Batang serai – dihiris
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 1 Sudu teh serbuk perasa
  • 1 Biji cili padi merah – dihiris
  • Minyak untuk menumis
Sotong Goreng Kunyit Simple

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis hirisan halia , bawang putih , bawang merah , serai dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan..
  2. Kemudian masukkan sotong dan serbuk kunyit…kacau2 rata dan masak sebentar hingga sotong masak..
  3. Tambahkan serbuk perasa dan cili padi..kacau kesemuanya sehingga rata dan sebati..
  4. Jika mahu sedikit kuah boleh masukkan sedikit air.
  5. Biar 2 minit atas api kecil hingga pecah minyak matikan api..
  6. Tuangkan masakan sotong kedalam mangkuk dan sedia untuk dinikmati bersama nasi panas2 ..
  7. Siap sotong goreng kunyit simple saya ..
  8. Selamat mencuba..